Unit ESD RSME telah menerima sebuah pencetak 3D dan pengimbas 3D untuk tujuan penyelidikan

Unit Engineering Service and Development (ESD), RSME telah menerima peralatan 3D Printer dan 3D Scanner bagi tujuan penyelidikan. Model 3D Printer yang diterima ialah Photon M7 Max, manakala 3D Scanner ialah model Shining 3D EinScan H2. Kedua-dua peralatan ini telah dibekalkan oleh Syarikat 3D GENS Sdn. Bhd. pada awal Julai 2025.”

Selain itu, peralatan pencucian bagi proses pasca-cetakan model serta sebuah komputer riba turut dibekalkan bagi menyokong dan memudahkan kerja-kerja penghasilan model 3D tersebut.

Latihan teori dan praktikal turut diberikan oleh pihak kontraktor kepada warga ESD. Bagi memastikan keberkesanan serta kefungsian peralatan yang diterima, pihak ESD akan menghasilkan beberapa sampel dalam masa terdekat sebagai ujian penggunaan peralatan ini.

Leave a Reply

Back To Top