SESI TOWN HALL JABATAN RSME 2024 (WILAYAH UTARA)

Pada 13 Disember 2024 (Jumaat), satu sesi β€œTownhall Jabatan Kejuruteraan dan Penyenggaraan Stokereta (RSME) 2024” telah diadakan bagi peringkat Wilayah Utara bertempat di Bengkel Utama Batu Gajah, Perak.

Seramai 120 orang kakitangan sektor Wilayah Utara yang terdiri daripada Depoh Padang Besar, Depoh Bukit Tengah, Depoh ETS Batu Gajah, Depoh Batu Gajah, dan Bengkel Utama Batu Gajah telah hadir untuk mendengar taklimat yang disampaikan oleh Ketua Jurutera RSME, Tuan Ir. Armizan Muhamad.

Objektif sesi ini adalah untuk memberikan penerangan kepada kakitangan mengenai hala tuju dan pelan jangka panjang Jabatan RSME serta menyediakan platform bagi kakitangan untuk memberikan pandangan dan cadangan penambahbaikan untuk depoh-depoh di bawah Jabatan RSME.

Tahniah kepada Depoh Batu Gajah yang dinobatkan sebagai Depoh Terbaik bagi sektor Wilayah Utara bagi tahun 2024

Leave a Reply

Back To Top