Tentang RSME

RSME adalah singkatan bahasa Inggeris bagi “Rolling Stock Maintenance & Engineering” , atau dalam bahasa Melayunya, KPSK – Kejuruteraan dan Penyelenggaraan Stok Kereta – dan merupakan jabatan yang dipertanggungjawabkan menyelenggara semua stok kereta KTMB (kecuali stok kereta kejuruteraan landasan (P-Way) serta elektrifikasi (ESD)). Nama sekarang ini ditukar pada pertengahan 2021 dari nama asalnya – FME – Fleet Maintenance & Engineering.

Jabatan ini buat masa ini mempunyai hampir 700 orang kakitangan dan diketuai oleh Ketua Jurutera (GM), En Ir. Armizan Muhammad sejak Jun 2021. Jabatan ini terbahagi kepada sembilan (9) unit utama iaitu:

  • RTKRancang Tadbir Kejuruteraan – bertanggungjawab isu pentadbiran, sumber manusia dan kewangan jabatan;
  • ESDEngineering Services & Development – Perkhidmatan Kejuruteraan & Pembangunan – bertanggungjawab isu berkaitan aspek teknikal dan kejuruteraan;
  • Kontrak & Perolehan – bertanggungjawab isu pembelian samada secara perolehan biasa ataupun kontrak;
  • RSM EMU & SCS – bertanggungjawab melaksanakan penyelenggaraan Unit Gandaan Elektrik (EMU) kegunaan perkhidmatan KTM Komuter;
  • RSM ETS – bertanggungjawab melaksanakan penyelenggaraan Unit Gandaan Elektrik (EMU) kegunaan perkhidmatan KTM Antarabandar ETS;
  • RSM Antarabandar (InterCity) – bertanggungjawab melaksanakan penyelenggaraan lokomotif 16TAL, koc-koc penumpang, kereta janakuasa (PGC), dan Unit Gandaan Diesel (DMU) kegunaan perkhidmatan KTM Antarabandar;
  • RSM Kargo (Freight) – bertanggungjawab melaksanakan penyelenggaraan lokomotif 20TAL serta gerabak-gerabak barang untuk perkhidmatan KTM Kargo;
  • RSM CW (Central Workshop – Bengkel Utama) – bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja overhaul serta baikpulih skala besar lokomotif 16TAL serta kereta janakuasa (PGC) di Bengkel Utama Batu Gajah;
  • Fleet Khas – bertanggungjawab merancang dan melaksanakan penyelenggaraan fasiliti berkait penyelenggaraan (skop kerja Milwright / Pelan dan Loji) di depoh-depoh dan bengkel stok kereta di seluruh rangkaian.
Back To Top