RSME Engineering Conference 2025: Memperkukuh Kepimpinan & Strategi Ke Arah Kecemerlangan Organisasi

πŸ“… 17 – 20 Julai 2025

πŸ“ Train Charter Rake (Koc Persidangan, Chillax, Event & SK) / Jelawang Pipe Resort, Dabong, Kelantan

Dengan bertemakan β€œStrengthening Leadership, Strategy and Alignment for Organisational Excellence”, RSME Engineering Conference 2025 telah melabuhkan tirainya dengan penuh jaya, melakar satu lagi pencapaian membanggakan bagi Jabatan RSME.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tn. Ir. Ts. Armizan Muhamad, Pengurus Besar RSME, yang turut berkongsi amanat dan aspirasi untuk membina pasukan yang lebih mantap, strategik dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.

πŸ’‘ Seramai 30 peserta terdiri daripada Ketua Unit, jurutera dari depoh-depoh di bawah seliaan RSME dan sekretariat telah menyertai program ini β€” yang menariknya, diurus sepenuhnya oleh warga kerja RSME sendiri tanpa penglibatan pihak luar. Satu bukti nyata kebolehan dan komitmen dalaman dalam mengurus program berskala besar!

Antara pengisian utama sepanjang program:

πŸ”Ή Pembentangan hala tuju strategik

πŸ”Ή Semakan bajet pertengahan tahun

πŸ”Ή Perancangan pembangunan jabatan

πŸ”Ή Sesi motivasi, refleksi & tazkirah

πŸ”Ή Aktiviti luar membina kekuatan pasukan

Lokasi program yang unik β€” gabungan suasana mesyuarat dalam tren khas KTMB dan keindahan alam semula jadi di Jelawang, Dabong β€” telah mencipta suasana kondusif untuk berfikir, berkongsi dan merancang masa depan organisasi secara kreatif dan produktif.

πŸ‘ Tahniah & terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga segala input, pengalaman dan semangat yang dicetuskan akan terus menggerakkan RSME ke arah kecemerlangan yang berterusan.

OrangKeretaApi #KeretaApiKerja #KTMB140

Leave a Reply

Back To Top