Reruai KTMB @ KL Science Fair 2024

Pihak RSME telah terlibat dalam pameran KL Science Fair 2024 (KLSEF 2024) yang bertempat di MIECC Mines, Serdang, bermula Jumaat 8 November sehingga Ahad 10 November 2024.

Reruai berkenaan mempamerkan beberapa hasil teknologi yang sedang dibangunkan atau digunakan di KTMB. Seramai 7 orang kakitangan RSME telah ditugaskan untuk memberi penerangan peralatan dan teknologi kepada pengunjung pameran berkenaan yang terbuka kepada orang awam. Peralatan yang berkaitan dengan Jabatan RSME adalah digital rail/wheel profile gauge, ETS3 virtual simulator, serta audible cautionary system. Virtual simulator ETS3 adalah tarikan terbesar dengan tidak putus pengujung dari pelbagai usia mencuba pengalaman baru ini.

Reruai KTMB di Pameran KLSEF 2024 di MIECC The Mines
ATAS dan BAWAH: Encik Asyraf dan Encik Hidayatullah memberi panduan pada pengunjung tentang penggunaan ETS3 Virtual Reality Simulator
Pasukan RSME yang berada di reruai KTMB pada akhir pameran

Leave a Reply

Back To Top