Pada 22 Oktober 2024 telah berlangsung Internal Innovative & Creative Circle (ICC) Convention 2024 di Galeri KTMB, Ibu Pejabat Kuala Lumpur.
βMelalui daya cipta yang berinovasi, ianya dapat memberi impak kepada perkembangan dan kemajuan organisasi dalam segala aspek, terutamanya dari segi aspek teknikal, dalam menerajui perkhidmatan rel di Malaysia. Dengan adanya usaha-usaha seperti ini, syarikat juga dapat meningkatkan produktiviti, meningkatkan keboleharapan perkhidmatan, mengurangkan kos, dan berbagai faedah lainβ, kata Ir Ahmad Nizam dalam ucapannya. Beliau juga memberi pesanan kepada warga KTMB agar konsisten untuk terus berinovasi dan mencari idea-idea baharu.
Dalam konvensyen kali keempat ini, sebanyak 12 pasukan dari pelbagai jabatan telah mempamerkan hasil inovasi yang dinamik. Sepuluh (10) pasukan daripadanya bertanding melalui pembentangan juga terdapat galeri pameran serta cabutan bertuah untuk penonton di Galeri KTMB dan penonton melalui Facebook KTMB Gazette.
Mereka diadili oleh dua (2) orang panel juri yang diundang khas dari QKM Consults Sdn. Bhd. Skema pemarkahan adalah sama sepertimana yang digunakan dalam konvensyen peringkat wilayah dan kebangsaan.
Juara Internal Innovative & Creative Circle (ICC) Convention 2024 telah dinobatkan kepada kumpulan Arrestact dimana ahli kumpulannya terdiri daripada Jabatan Kejuruteraan & Penyelenggaraan Stokereta (RSME), Naib juara pula dimenangi oleh Kumpulan Radius 2.0 ahlinya daripada Jabatan Semboyan & Komunikasi manakala tempat ketiga telah dimenangi oleh Innotrans ahli kumpulannya terdiri daripada Jabatan Kejuruteraan Landasan.
Manakala reruai pameran terbaik yang berinovasi dan kreativiti serta berjaya mendapat markah tertinggi daripada juri telah dimenangi oleh Jabatan Elektrifikasi.
Tahniah kepada pemenang dan peserta ICC 2024!









