Sebagai salah satu jabatan yang memainkan peranan yang kritikal di KTMB, Jabatan RSME di bawah kepimpinan Ketua Jurutera / Pengurus Besarnya, En Ir. Ts. Armizan Muhammad, telah melancarkan dan menjadikan prinsip PAKSI sebagai asas dan panduan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sehari-hari di jabatan ini. PAKSI boleh diringkaskan seperti berikut:

P – Proaktif: Bertindak dengan cara yang positif, di luar tindakan yang sepatutnya diambil sebagai tindak balas positif terhadap sesuatu situasi kerja pada setiap masa.
A – Amanah: Kepercayaan dan tanggungjawab yang diberikan dalam melaksanakan sesuatu tugasan.
K – Kerja Berpasukan: Mengamalkan sikap kerjasama untuk mencapai matlamat organisasi dan sentiasa bersikap positif dalam melaksanakan tugasan.
S – Sistematik: Melaksanakan tugas secara konsisten dan sistematik mengikut cara kerja yang telah ditetapkan.
I – Integriti: Kejujuran, ketelusan, kebolehpercayaan dan bertindak dengan penuh rasa tanggungjawab dalam melaksanakan tugas.