Setiap jenis stok kereta yang mempunyai kuasa penggerak (motive power) diberikan nombor Kelas sebagai identitinya. Ini adalah hampir serupa dengan sistem TOPS yang digunakan di UK dari zaman British Rail. Secara umumnya, pengelasan adalah seperti berikut:
- Kelas 01 – 09 : Lokomotif Pelansir : Elektrik (atau dwi/tri-mod)
- Kelas 10 – 19 : Lokomotif Pelansir : Diesel
- Kelas 20 – 39: Lokomotif Utama / Jalan Ibu (Mainline) : Diesel
- Kelas 40 – 59: Lokomotif Utama / Jalan Ibu (Mainline) : Elektrik (atau dwi/tri-mod)
- Kelas 60 – 69: Unit Gandaan Diesel atau dwi/tri-mod (DMU/EDMU/BEMU) : 4-kereta
- Kelas 70 – 79: Unit Gandaan Diesel atau dwi/tri-mod (DMU/EDMU/BEMU) : 6/8-kereta
- Kelas 80 – 89: Unit Gandaan Elektrik (EMU) : 3-kereta
- Kelas 90 – 99: Unit Gandaan Elektrik (EMU) : 6-kereta
Nota:
- Klasifikasi ini berkuatkuasa selaras dengan pelaksanaan Arahan Kejuruteraan (AK) berkaitan yang telah digazetkan.
- Ada klasifikasi lama (terutamanya dari zaman lokomotif serta Unit Gandaan berkuasa wap) telah digunakan semula
Sebarang pertanyaan atau kemusykilan berkaitan klasifikasi ini boleh diajukan kepada unit Perkhidmatan Kejuruteraan dan Pembangunan (ESD) RSME.