Buffer Height KTMB

Buffer height adalah ketinggian paras alat pengganding dari paras rel yang mesti sentiasa dikekalkan bagi memastikan keutuhan integriti sambungan antara stokereta semasa dalam perkhidmatan.

Paras yang mesti dikekalkan adalah seperti berikut:

  • Lokomotif: 820mm – 860mm
  • Koc & PGC: 840mm – 860mm
  • Gerabak barang: 820mm – 860mm
  • Unit Gandaan Diesel / Elektrik (DMU/EMU): 840mm – 860mm

Buffer height adjustment dilakukan ketika aktiviti penyelenggaraan sekiranya semasa pemeriksaan didapati parasnya tidak mematuhi julat paras ini. Untuk spesifikasi stok kereta baharu, julat yang digunakan untuk semua stok kereta adalah 850mm dengan toleransi +10mm / – 0 mm.

Ambil maklum yang paras pengganding separa kekal (Semi Permanent Coupler – SPC) pada Unit Gandaan tidak tertakluk pada julat paras ini.

Leave a Reply

Back To Top