Pada tahun 2023, Jabatan Kejuruteraan & Penyenggaraan Stokereta telah menyiapkan kerja-kerja baik pulih lokomotif kelas 21 dan koc bersama pihak Perbadanan Muzium Negeri Melaka (PERZIM).
Seramai kira-kira 20 kakitangan RSME dari pelbagai Depoh RSME telah terlibat dalam memulihara dan memelihara artifak KTMB berjalan dengan lancar. Sebuah lokomotif Kelas 21 (Sungai Lukut) dan koc penumpang Jenis VB telah dibaikpulih dalam tempoh masa 6 bulan.







